KUALA LUMPUR: Industri sawit terjejas dan menghadapi masalah untuk mengupah pekerja asing selepas kerajaan membekukan kuota pengambilan pekerja asing disebabkan lebihan pekerja asing ketika ini adalah bagi sektor perkilangan dan perkhidmatan.
Menteri Perladangan dan Komoditi Datuk Seri Johari Abdul Ghani berkata industri sawit masih bergantung kepada pekerja asing dengan kira-kira 75 peratus terdiri daripada pekerja asing.
Sebagai contoh, setiap lapan hektar diuruskan oleh satu pekerja, justeru sekiranya keluasan 1,000 hektar, kira-kira 125 pekerja diperlukan dan daripada jumlah itu 75 peratus adalah pekerja asing, industri sawit kekurangan hampir 40,000 orang pekerja dan ia lebih tertumpu kepada kerja-kerja penuaian dan juga penuai.
"Sebenarnya, baru-baru ini kerajaan telah membekukan kuota pekerja asing, pembekuan ini berikutan terdapat lebihan pekerja asing dalam negara tetapi jumlahnya (lebihan pekerja asing) adalah dalam bidang berbeza dengan perladangan.
"Sebagai contoh, buat masa ini dalam sektor perkilangan Malaysia mempunyai lebihan 165,497 pekerja asing sementara bagi sektor perkhidmatan pula, kita ada lebihan 27,158 pekerja asing. Pekerja asing berlebihan ini susulan pembukaan semula perniagaan dan ekonomi selepas pandemik COVID-19 berakhir.
"Justeru, mana-mana syarikat yang membuat permohonan pengambilan pekerja asing...kementerian akan meluluskannya. Apabila sudah diluluskan, tiada penyelarasan, perniagaan mengambil masa untuk berkembang selepas ditutup dua tahun akibat pandemik, itu sebabnya terdapat lebihan pekerja asing di Malaysia," katanya pasa sesi soal jawab di Dewan Negara, hari ini.
Johari menjawab soalan Senator Datuk Seri Zurainah Musa yang meminta penjelasan berkaitan usaha yang dilakukan bagi menyelesaikan keperluan kira-kira 40,000 tenaga kerja asing dalam sektor perladangan kelapa sawit.
Beliau berkata syarikat-syarikat terlibat dalam sektor perladangan menghadapi kekurangan pekerja asing, justeru penentukuran semula dilakukan terhadap golongan lebihan pekerja asing yang tidak bekerja, seterusnya mereka ditawarkan kerja dalam sektor perladangan.
"Bagaimanapun, industri peladangan bimbang untuk mengambil lebihan pekerja asing ini sebab sebahagian daripada mereka jika diambil bekerja tanpa kerelaan akan menyebabkan dia (pekerja asing) dianggap sebagai buruh paksa.
"Sekiranya pekerja asing ini adalah buruh paksa, akibatnya hasil daripada ladang-ladang akan turut terjejas," katanya.
Bagaimanapun, beliau berkata kementerian akan cuba untuk mengupah lebihan pekerja asing tersebut selain daripada melaksanakan 'pilot test' (projek rintis) dengan mengupah 60 pekerja muda tempatan bagi menukar persepsi bekerja di ladang.
"Apa yang penting, kita nak mereka (pekerja muda tempatan) ini mahir dalam penuaian. Penuai memainkan peranan penting sebab jika mempunyai 100 pekerja di ladang, 50 peratus adalah penuai.
"Justeru, kita beri latihan kepada golongan muda untuk menyertai program Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET), kita latih dia bagaimana nak tuai pokok kepala sawit. Kita panggil mereka sebagai penuai mahir (specialist harvester) dengan harapan dia akan memperoleh gaji sehingga RM3,000.
"Ia dapat menarik minat golongan muda. Malaysia sahaja yang ada masalah pekerja. Di Indonesia, 100 peratus adalah penuai tempatan dan penuai mereka adalah mahir, sebab itu sebahagian daripada mereka datang ke Malaysia dan mereka menjadi penuai," katanya.
Johari berkata industri sawit negara menanggung kerugian pendapatan mencecah RM20 bilion hingga RM30 bilion susulan isu kekurangan tenaga kerja.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Mar 19 2024
Industri sawit masih bergantung kepada pekerja asing dengan kira-kira 75 peratus terdiri daripada pekerja asing. - Gambar fail
Perkhidmatan trem percuma di Putrajaya sehingga Julai
Sekiranya semua berjalan lancar, perkhidmatan trem itu dijangka bermula akhir tahun ini.
AWANI Ringkas: Dibebaskan tanpa syarat
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
[TERKINI] SQ321 | KLN sahkan 9 penumpang, 1 anak kapal dalam keadaan stabil
Wisma Putra sahkan 9 rakyat Malaysia termasuk 1 krew merupakan mangsa gelora udara pesawat Singapore Airlines Penerbangan SQ321 dari London ke Singapura. 8 daripadanya menerima rawatan di dua hospital berasingan di Bangkok dan berada dalam keadaan stabil.
Gordon Bell, pencipta minikomputer meninggal dunia
Kemajuan teknologi minikomputer membuka jalan kepada terciptanya PC desktop lebih kecil dan kini komputer mudah alih di tangan anda sekarang.
Sembilan rakyat Malaysia antara mangsa insiden gelora udara Singapore Airlines
Lapan orang daripada mereka mengalami kecederaan dan sedang dirawat di dua buah hospital di Bangkok.
TPM, Menteri Kabinet zahir ucapan Selamat Hari Wesak
Perbezaan kaum dan agama merupakan keunikan yang mengeratkan masyarakat majmuk di Malaysia.
Maya Karin belajar tarian tango demi 'The Experts'
Walaupun babak tarian Tango hanya muncul sekitar lima minit dalam filem 'The Experts', penyanyi dan pelakon, Maya Karin memberi sepenuh komitmen agar dapat menyempurnakan gerak tarian yang terkenal di
Tekad kerajaan Madani laksana rasionalisasi subsidi
Pengarah dan Penganalisis, Research Institute for Indonesia, Thailand and Singapore (ITS)
Universiti Utara Malaysia (UUM), Dr. Md Shukri Shuib berkongsi pandangan beliau berkenaan reformasi ekonomi menerusi penyasaran subsidi susulan Perutusan Negara oleh Perdana Menteri pada Selasa.
Universiti Utara Malaysia (UUM), Dr. Md Shukri Shuib berkongsi pandangan beliau berkenaan reformasi ekonomi menerusi penyasaran subsidi susulan Perutusan Negara oleh Perdana Menteri pada Selasa.
Imigresen tahan 15 wanita warga asing di pusat hiburan
Mereka terdiri daripada warga Thailand, Indonesia dan Vietnam berusia antara 25 hingga 30 tahun.
Perkasa PMKS melalui sistem kawalan dalaman
Kupasan bersama Profesor Madya Sekolah Perniagaan dan Ekonomi, UPM, Profesor Madya Dr Mazlina Mustapha.
Mesyuarat PAC 2024 MPOB teliti projek penyelidikan, isu industri sawit negara
Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB) akan meneliti projek penyelidikan dan isu dalam industri sawit Malaysia.
Industri sawit terjejas selepas pembekuan kuota pengambilan pekerja asing
Industri sawit terjejas dan menghadapi masalah untuk mengupah pekerja asing selepas kerajaan membekukan kuota pengambilan pekerja asing.
Mampukah EU selamatkan hutan dan pastikan pekerjaan di Malaysia terjamin?
Langkah EU melarang sebarang aktiviti import barangan yang dikaitkan dengan penebangan hutan dianggap sebagai standard baharu yang bagus untuk iklim, bagi sesetengah pihak.
Felda berperanan pastikan sektor sawit negara tidak senasib getah
Felda mempunyai peranan penting dalam memastikan kelestarian industri sawit Malaysia supaya dapat mengelakkan nasib yang menimpa sektor getah negara dan tidak berulang.
Hampir 100 peratus kilang, ladang sawit Malaysia diperakui MSPO - PM Anwar
Malaysia sangat percaya bahawa pengeluaran yang mampan adalah jalan ke hadapan untuk industri minyak sawit.
Mesyuarat kedua EUDR diharap terima pengiktirafan MSPO - TPM Fadillah
Mesyuarat kedua berhubung Peraturan Produk Bebas Penebangan Hutan Kesatuan Eropah yang akan diadakan Disember ini diharapkan akan dapat menerima pengiktirafan Minyak Sawit Mampan Malaysia (MSPO).
Peruntukan kempen tangani anti minyak sawit tingkatkan kemampanan sektor - MPOA
Bagaimanapun, persatuan menanti butiran mengenai insentif cukai untuk mekanisasi dan automasi menggunakan dron dan kenderaan pandu sendiri.
Kementerian Perladangan kemuka cadangan bantuan kewangan sokong aktiviti penanaman semula - Fadillah
Fadillah berkata cadangan itu kini sedang menunggu kelulusan daripada Kementerian Kewangan.
Industri sawit digalak teroka pasaran khusus untuk nilai pasaran lebih tinggi
Syarikat Malaysia digalakkan untuk mengeksport barangan siap berbanding dengan komoditi minyak sawit.
Kerajaan hadkan keluasan tanaman sawit untuk industri sawit mampan - TPM Fadillah
Usaha difokuskan kepada kawasan tanaman sedia ada melalui aktiviti penanaman semula menggunakan baka yang akan memberikan hasil tinggi dan menerusi amalan pertanian baik.